Minyak Buah Kulim Sifucraft

 







Kami dari Sifucraft telah menghasilkan resepi umpan pancing dari buah kulim, tebu dan gabungan minyak pati rahsia kami..kingkatilayu


Pokok kulim semakin kurang ditemui,kecuali didalam hutan tebal.pokok kulim tergolongan kategori pokok sederhana keras.pokoknya tinggi dan batang pokok boleh dijadikan balak.



Pokok ini mengeluarkan buah kulim.buah kulim juga dikenali sebagai bawang hutan.buah kulim biasanha berbuah sama dengan musim durian.

Saiz buah kulim sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu di dalamnya. 

Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih. Itulah punca buah kulim dipanggil bawang hutan. 

Buah kulim digunakan sebagai perasa di dalam masakan dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu.

Dengan kepakaran kami dalam bidang umpan ikan maka kami hasilkan gabungan minyak buah kulim dan tebu serta bahan rahsia yg kami adunkan bagi menarik pelbagai jenis specis ikan air tawar seperti.rohu,patin,mekong,carb,tengas,kelah,sebarau,jelawat,lampam,udang galah dll specis.boleh digunakan di kolam,tasik,air terjun,sungai serta lombong.

Comments

Popular Posts